? ??????????????Purple Whisp? ????? ?? ???Rating: 4.3 (452 Ratings)??9593 Grabs Today. 73717 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Live Forever? ????? ?? ???Rating: 4.7 (18 Ratings)??8558 Grabs Today. 33262 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????Dark BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 29, 2010

Berita Harian Online | Ramadan Dinanti Syawal Dirai: Rempit sejadah abadi dalam ingatan

Berita Harian Online | Ramadan Dinanti Syawal Dirai: Rempit sejadah abadi dalam ingatan

Ramadan Dinanti Syawal Dirai: Rempit sejadah abadi dalam ingatan
Oleh Rashiqah Ilmi Abd Rahim
rashiqah@bharian.com.my
2010/08/30

KETIKA anak muda lain menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal dengan bermain bunga api, meriam buluh dan mercun, penulis novel, Imran Haaz dan rakan-rakannya di Asrama Putera, Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd Rahman, Pulau Pinang, menjadikan luncur sejadah sebagai hiburan rutin selepas menunaikan solat Tarawih.

Mengimbau ingatannya pada usia 17 tahun sekitar 1990-an, dia menyifatkan peraturan asrama yang ketat ketika itu bagaikan menjerut kenakalan dan jiwa anak muda yang dahagakan hiburan sampingan, apatah lagi ketika menjelangnya Ramadan.
Imran Haaz atau nama sebenarnya Mohd Aswanizam Alias berkata, peraturan asrama yang menyekat minat dan keinginannya menyebabkan dia dan rakan-rakannya mencipta permainan luncur sejadah @ rempit sejadah bukan di jalan raya, tetapi di lantai surau.
“Idea menghasilkan permainan ini bermula akibat kebosanan melihat keadaan sekeliling yang sunyi selepas menunaikan Tarawih. Kehadiran seekor musang yang melintas pagar di antara kawasan surau dan gelanggang tenis memecah kesunyian pada suatu Ramadan.

“Bagaikan dipukau saya dan rakan-rakan bangun serentak dan mengejar musang itu. Dalam kekalutan mengejar musang itu, seorang rakan saya terpijak sehelai sejadah yang dibentangkan sehingga tergelungsur laju sejauh beberapa meter kerana struktur lantai yang licin,” katanya.

Rakannya itu bernasib baik kerana terlanggar timbunan beg yang diletakkan pada sudut koridor dan sekiranya tidak, sudah tentu rakannya akan terjatuh pada bahagian hujung koridor berbentuk segi enam dengan besi penghadang yang terbuka, manakala lantai pada ketinggian tiga kaki.

“Lucunya, peristiwa ini tidak menakutkan saya dan rakan-rakan, malahan melihatkan potensi lantai koridor yang licin dan sejadah sebagai alat untuk merempit. Mulai malam itu juga luncur sejadah menjadi aktiviti rutin setiap kali selepas Tarawih dan pertandingan setiap pusingan akan disertai dua orang yang akan bersaing meluncur sejadah.
“Peserta akan berlari selaju mungkin dengan memegang kedua hujung sejadah dan apabila hampir ke garisan permulaan, mereka akan meniarap seperti ‘superman’ di atas sejadah dan meluncur selaju mungkin. Meskipun tiada hadiah ditawarkan, aktiviti ini mendapat sambutan pelajar asrama dan keadaan menjadi terlalu bising,” jelasnya.

Bagaimanapun, kemeriahan pertandingan itu berakhir pada suatu pagi selepas ustaz yang menjadi warden asrama mengumumkan senarai beberapa nama termasuk penulis dan rakan-rakannya, dipanggil untuk dijatuhi hukuman rotan sekali setiap seorang.

“Lebih memalukan, hukuman tidak dijalankan pada ketika itu juga, tetapi menunggu kehadiran penghuni asrama puteri untuk masuk ke dewan makan. Sebaik saja, pelajar perempuan bergerak untuk memasuki dewan makan, setiap seorang daripada kami dirotan kerana terbabit dan mempelopori aktiviti rempit sejadah.

“Pagi Ramadan itu menjadi kenangan yang masih kekal dalam ingatan sehingga kini kerana hukuman yang dilalui menjadikan saya insan berguna pada hari ini. Setiap kali menjelang Ramadan, terasa lucu apabila mengenang aktiviti rempit sejadah dengan berpakaian baju Melayu dan berkopiah itu,” katanya.

2 comments:

jayyidah89 said...

salam fatihah..please visit my blog ea...u have a nice blog.welldone.

teehaAziz blog's said...

thanks a lot..ok,i will..hehe